About Me...

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Sunday, January 2, 2011

Characteristics and Needs of Talented Learners

Article 2 : Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Ciri yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak telah dijadikan sebagai asas oleh sesetengah pakar profesional dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang paling mudah ialah dengan hanya melakukan pemerhatian sahaja terhadap tingkah laku kanak-kanak itu. Proses ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang ahli akademik yang profesional malah ibu bapa pun mampu mengenal pasti ciri yang terdapat dalam diri anak mereka. Biasanya hasil permerhatian yang diperolehi adalah tepat atau lebih ketara dari kaedah pengenalpastian yang lain kerana ia dilakukan dalam suasana yang selesa bagi kanak-kanak tersebut tanpa banyak gangguan. Banyak ciri yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini pada usia yang masih muda lagi. Walau bagaimanapun tidak semua ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang kanak-kanak untuk dikatakan pintar cerdas. Seseorang kanak-kanak itu tetap dikatakan pintar cerdas walau pun hanya mempamerkan sebahagian dari ciri yang disenaraikan.

Ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada tujuh domain adalah hasil dari ciri yand disarankan oleh pelbagai pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003). Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:
  • kebolehan intelek yang umum
  • kebolehan intelek yang khusus
  • pemikiran kreatif
  • kepimpinan
  • kebolehan psikomotor
  • kesenian visual/persembahan
  • sosial emosi.

No comments:

Post a Comment