About Me...

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Thursday, December 30, 2010

Definition of Gifted Children

http://www.gifted-children.com.au/definition

Bakat secara tradisional ditakrifkan sebagai memiliki Intelligence Quotient (IQ) lebih tinggi dari 130.
Tetapi ada antara mereka lebih berbakat dari segi kemampuan kognitif. Mereka ini sensitif dalam ransangan deria, sentuhan, pendengaran, hidu penglihatan, dan rasa (lihat sensitiviti Dabrowski's), yang membuat mereka ini sangat sensitif terhadap semua bentuk rangsangan. Ada juga yang mempunyai kebolehan pemprosesan maklumat. Martha Morelock, pada tahun 1992, mentakrifkan bakat melalui dunia batin seseorang. Orang berbakat mempunyai "pembangunan atipikal sepanjang umur dalam hal kesedaran, persepsi, respon emosi dan pengalaman hidup". Ertinya, orang yang berbakat mempunyai pengalaman peristiwa kehidupan yang berbeza dengan orang lain. Mereka mempunyai tafsiran yang berbeza dari kehidupan. Mereka selalu berbeza dalam persepsi dan realiti. Akibatnya, mereka cenderung melakukan sesuatu yang berbeza juga. Perkara ini berlaku untuk orang dewasa mahupun anak-anak.

1 comment:

  1. Mereka yang mempunyai kelebihan atau berbakat ini sangat istimewa dari pelbagai aspek dan kebolehan. Mereka sangat sensitif tehadap sebarang perubahan dalam kehidupan dan alam sekitar yang berlaku dihadapan mereka seharian. Mereka dapat menilai diluar jangkaan jika dibandingkan dengan manusia biasa. Tafsiran yang berbeza ini menyebabkan mereka lebih banyak pengalaman dan boleh mengeluarkan idea yang menarik dan terbaik.

    ReplyDelete